Perlombongan Bauksit di Kuantan

03nt04tksk-transformed
(Source: NST Online)

1. Pencemaran air dan udara akibat perlombongan bauksit di Kuantan sudah tidak terkawal. Sungai dan air laut bertukar warna akibat perlodakan, dan debu merah memenuhi ruang udara di kawasan perlombongan, sepanjang jalan lori pengangkut bijih dan di kawasan perlabuhan.

2. Lebih mendesak, komuniti setempat menjadi mangsa utama pencemaran alam sekitar. Pastinya, proses perlombongan bauksit ini melampaui kelestarian alam.

3. Perlombongan merupakan aktiviti ekonomi utama dalam pembangunan negara sejak ratusan tahun lamanya iaitu zaman penjajahan Inggeris. Kuala Lumpur dan Ipoh umpamanya, terbangun menjadi bandaraya utama disebabkan perlombongan Bijih Timah. Sehingga hari ini, impak perlombongan masih boleh dirasai.

4. Sebahagian daripada tanah terbiar dengan ratusan kolan dan tasik adalah bekas kawasan lombong. Mujurlah kemajuan teknologi dan permintaan pembangunan pesat berupaya membaikpulih bekas lombong menjadi kawasan perumahan dan pusat bandar baharu.

5. Sejak tahun 1980an, kesedaran masyarakat global mengenai pentingnya memulihara alam sekitar telah memberikan tekanan kepada aktiviti perlombongan dan pengkuarian. Ini diikuti oleh kejatuhan harga bijih yang menyebabkan aktiviti perlombongan menjadi kurang berekonomi.

6. Alam sekitar kita mulai bernafas, aktiviti perlombongan semakin menguncup, dan usaha memulihara alam sekitar berkembang segar. Tekanan alam sekitar pasca-1980 hanya berkaitan pembukaan tanah untuk perladangan.

7. Pada prinsipnya, proses perlombongan mempunyai dua jenis – lombong bawah tanah dan lombong permukaan. Di Malaysia, lombong permukaan pula terbahagi kepada dua, iaitu lombong endapan aluvium (bijih angkutan sungai); dan lombong tanah baki (luluhawa batuan).

8. Kebanyakan perlombongan bijih Timah di negara satu ketika dahulu dilakukan pada dataran aluvium di kawasan pamah dan sepanjang lembah sungai.

9. Kita mempunyai pengalaman melombong bauksit di Teluk Ramunia, Pengerang, Johor. Perlombongan ini telah diberhentikansekitar tahun 1970an dan kesannya boleh dilihat hingga sekarang. Perlombongan bauksit dilakukan dengan menarah tanah baki hasil luluhawa batuan yang mengandungi kandungan aluminium tinggi.

10. Tebal lapisan yang di lombong boleh mencapai 10m atau sehingga mencapai batuan dasar. Akibatnya, lapisan tanah di kawasan meluas akan menjadi gersang dan tidak sesuai lagi untuk tanah pertanian.

11. Pada zaman masyarakat prihatin alam sekitar, projek perlombongan dilihat sebagai aktiviti tidak lestari. Banyak kekangan dikenakan kepada industri perlombongan sehingga pelbagai inovasi telah diperkenalkan di peringkat global bagi memastikan ia masih relevan dan mengamalkan wawasan pembangunan lestari.

12. Di Malaysia, aktiviti muncul semula ini nampaknya masih mengamalkan set minda perlombongan tahun 1970an.

13. Banyak penambahbaikan teknologi perlombongan telah diperkenalkan. Semua ini adalah untuk memastikan imej industri perlombongan dilihat positif dan menyokong gagasan pembangunan lestari.

14. Perlombongan adalah projek jangka panjang, lazimnya 20 hingga 50 tahun. Setiap projek perlu dirancang berasaskan perancangan pembangunan lestari wilayah, dimajukan oleh syarikat besar berkeupayaan tinggi dan memberikan perhatian besar kepada impak pencemaran alam sekitar.

15. Perkongsian keuntungan boleh berasaskan kepada konsep pelaburan bersama, bukan dengan memberikan kepada banyak syarikat kecil untuk mengendalikannya.

16. Pembangunan pembandaran tidak boleh seiring dengan pembangunan perlombongan. Aktiviti perlombongan perlu didahulukan di kawasan terpencil, jauh dari kawasan pertempatan.

17. Apabila selesai barulah proses perbandaran dipertimbangkan di kawasan sama. Kawasan yang telah dibangunkan untuk pembandaran sudah tidak sesuai lagi dijalankan perlombongan. Ini adalah proses pembekuan sumber asli jika perancangan tidak berwawasan.

18. Perancangan perlombongan perlu merancang dengan teliti komponen berikut: kawasan perlombongan dan pembuangan sisa lombong; sistem pengangkutan bijih dan pelabuhan; dan sistem pemprosesan bijih kepada produk boleh pasar.

19. Setiap satu komponen ini berupaya mencemar dan memudaratkan ekosistem. Akhirnya komuniti dan aktiviti lain pula terjejas. Kawalan meminimumkan impak boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi canggih atau sistem tabii;

20. Setiap jenis bijih mempunyai cirian tersendiri yang perlu diberikan perhatian. Bagi perlombongan bauksit umpamanya, bijih berbentuk tanah baki batuan terluluhawa membentuk permukaan bumi meluas.

21. Proses pembentukan tanah baki berbijih dan lapisan tanih mengambil masa jutaan tahun. Aspek kemusnahan lapisan tanih subur, pencemaran air dan udara, dan degradasi landskap adalah perkara yang perlu ditangani dengan bijaksana dan lestari.

22. Perlombongan bauksit di Kuantan mungkin tidak dalam perancangan jangka panjang proses pembangunan negara. Ia mungkin telah dibangunkan secara tergesa-gesa selepas melihat peluang keemasan.

23. Akibatnya, perlombongan ini telah menimbulkan krisis antara pembangunan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Kerajaan negeri perlu mengambil tindakan segera sebelum nasi menjadi bubur.

IBK: 4 Jan 2016.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s