Meneroka Misteri Alam Langkawi

_DSC0822
Pakar Geopark UNESCO ketika menilai Langkawi Geopark 2015

 

1. Saya dan beberapa rakan UKM mempunyai sejarah yang panjang dengan kepulauan Langkawi. Kami telah menjalankan penyelidikan geologi di sejak tahun 1973, memperkenalkan konsep geowarisan dan geopelancongan sejak tahun 1996, dan memperkenalkan konsep geopark Langkawi sejak tahun 2000.

2. Pada tahun 2006, kami berjaya mengangkat Langkawi sebagai geopark kebangsaan dan tahun 2007 menjadi geopark global. Langkawi adalah geopark global pertama di Malaysia dan Asia Tenggara, dan ke-52 di peringkat global. Kini, dunia memiliki 120 geopark di 33 negara.

3. Anugerah khas ‘Pelancongan Personaliti’ yang disampaikan kepada saya oleh YAB Dato Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 18 Desember sempena Majlis Anugerah Pelancongan Antarabangsa Langkawi 2015 adalah suatu di luar dugaan dan penghormatan manis yang akan sentiasa di kenang.

4. Pertama kali mengenali geologi Langkawi, lebih 40 tahun lampau, kami telah jatuh cinta dengan pulau ini dan bertekad untuk membangunnya sebagai makmal lapangan geologi utama di Malaysia.

5. Selain daripada keindahan landskap kepulauan yang mempersona, Langkawi memiliki misteri alam yang luar biasa. Di sinilah bumi Malaysia dilahirkan 550 juta tahun lampau iaitu batuan yang membentuk Gunung Machinchang kini.

6. Sejak saat itu, lapisan demi lapisan sedimen diendapkan secara berterusan di laut ‘Langkawi kuno’ sehingga 220 juta tahun lampau. Sejarah menbentukan batuan sedimen, keadaan lautan ketika itu dan jenis hidupan tersimpan sebagai rekod dalam batuan yang terdedah sepanjang pantai di kepulauan Langkawi.

7. Langkawi menyimpan rekod sejarah Bumi ketika berusia Paleozoik (550-250 juta tahun) paling lengkap di Asia Tenggara. Setiap lapisan dan pelbagai hidupan kuno (fosil) terawet dengan baik, dan kini seperti ‘buku sejarah’.

8. Rekod sejarah geologi tersimpan sepanjang pesisir pantai berbatu di Pulau Langkawi, Dayang Bunting, Tuba dan puluhan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Kami ahli geologi, telah meneliti ‘buku alam’ ini dan menceritakan mesterinya dalam pelbagai buku ilmiah dan kertas jurnal.

9. Mulai 250 juta tahun lampau, batuan igneus Granit mulai merejah, menbeku dan mengangkat batuan sedimen, menjadi daratan Langkawi. Batuan yang terdedah ini mengalami luluhawa dan hakisan, lama kelamaan menbentuk landskap kepulauan Langkawi seperti yang terjelma sekarang.

10. Proses paling menarik ialah perlarutan batu kapur di pantai timur Pulau Langkawi, Tuba dan Dayang Bunting. Proses perlarutan telah menghasilkan landskap Kars itu perbukitan dan pulau bertebing tegak dengan puncak berbentuk bergerutu dan pinakel. Landskap dan flora Kars ini menghasilkan pemandangan luar biasa yang menarik perhatian pelancong.

11. Kita beruntung dapat menikmati keindahan alam Langkawi di saat Gunung Machincang (batu pasir), Gunung Raya (granit) dan perbukitan Kars di Kilim dan Pulau Dayang Bunting (batu kapur) mempamerkan keindahan landskap yang mengkagumkan.

12. Inilah warisan tabii unik Langkawi yang menjadikan ia diterima sebagai UNESCO Global Geopark dan destinasi pelancongan alam teristimewa di peringkat antarabangsa.

13. Geopark merupakan satu wilayah yang dibangun dan diurus berasaskan konsep kelestarian. Ia memberikan perhatian kepada keseimbangan antara tiga komponen pembangunan utama – ekonomi, komuniti setempat dan pemuliharaan warisan.

14. Dalam konteks ekonomi tumpuan diberikan kepada ‘pengunaan sumber alam secara tanpa musnah’ melalui aktiviti pelancongan berasaskan ilmu (geopelancongan, ekopelancongan, rekreasi dan budaya).

15. Komuniti setempat perlu diperkasa melalui penerapan nilai bersama, pengetahuan mengenai alam dan penglibatan dalam pelbagai aktiviti ekonomi, pengurusan dan kebajikan. Komuniti setempat melalui individu atau koperasi sebagai pihak berkepentingan perlu terlibat bersama dalam pelbagai aktiviti pembangunan.

16. Pembangunan pelancongan di Kilim Geoforest Park umpamanya, telah dijadikan contoh bagaimana koperasi nelayan diperkasa untuk melaksana aktiviti pelancongan.

17. Aset paling utama Langkawi adalah warisan alam dan budaya komuniti setempat. Kami telah mengenalpasti, kepulauan ini mempunyai puluhan tapak warisan geologi bernilai tinggi (kebangsaan dan antarabangsa).

18. Langkawi juga mempunyai kepelbagaian biologi, khususnya habitat bakau dan hutan batu kapur bernilai tinggi.

19. Disamping memulihara warisan alam dan budaya secara terintegrasi, pembangunan pelancongan berasas ilmu atau pendidikan mampu meningkatkan sosio-ekonomi penduduk tempatan.

20. Saya bersyukur dengan pemberian anugerah Presonaliti Pelancongan Langkawi. Ia merupakan penghormatan kepada rakan penyelidik geopark di UKM, dan satu tanggungjawab bagi kami untuk terus meneroka ilmu bagi memperkasa gagasan pembangunan lestari wilayah.

IBK: 10 Jan 2016

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s