Akta Ahli Geologi Malaysia

_DSC0361
Letusan Volkano Kirishima – Proses geologi aktif mempengaruhi kehidupan

1. Apabila berlaku bencana alam seperti tanah runtuh, banjir lumpur, gempabumi, tsunami dan letusan volkano – ahli geologi sering jemput untuk menjelaskan fenomena bencana, impak kepada awam dan cara untuk mengatasinya.

2. Terakhir ini, impak degradasi tanah, pencemaran udara dan air akibat perlombongan bauksit di Kuantan juga memerlukan khidmat ahli geologi.

3. Masyarakat masih kurang sedar wujud Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Jabatan ini bertanggungjawab memeta, merancang dan menentukan dasar perlombongan pelbagai bijih (mineral) untuk keperluan negara atau komoditi untuk eksport.

4. Di Petronas, syarikat gergasi negara umpamanya, ramai ahli geologi bertugas meneroka minyak dan gas bumi sebelum jurutera petroleum mengeluarkannya sebagai bahan bakar menghasilkan tenaga.

5. Dalam syarikat perundingan dan pembinaan prasarana utama, ahli geologi bertugas untuk menyiasat keadaan tanah dan batuan di permukaan bumi sebelum jurutera memulakan pembinaan.

6. Matlamat penyiasatan geologi kejuruteraan ialah untuk memastikan pembinaan dilakukan di kawasan yang sesuai dan selamat, kestabilan binaan terkawal, kos pembinaan optimum dan impak alam sekitar diminimumkan.

7. Profesion geologi adalah asas dalam pembangunan negara. Mereka adalah pakar di belakang tabir dalam pelbagai kegiatan pembangunan, khususnya industri perlombongan, penerokaan sumber tenaga, pembinaan infrastruktur berat (terowong, lebuh raya, bangunan tinggi) dan kawalan kemusnahan akibat bencana alam.

8. Di Malaysia, tiga universiti utama yang menghasilkan ahli geologi ialah Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan Universiti Malaysia Sabah.

9. Oleh kerana, ahli geologi memainkan peranan besar dalam proses pembangunan yang melibatkan kebajikan serta keselamatan awam, kajian dan perlaporan mereka perlu mempunyai kejituan dan kepercayaan tinggi.

10. Mereka adalah pakar ikhtisas yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran khas, serta perlu kawalan profesionalisme untuk kepentingan awam. Justeru, pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah meluluskan Akta Ahli Geologi 689 yang berkuatkuasa pada 2015 untuk mengawal profesion geologi ini.

11. Lembaga Ahli Geologi telah bersidang beberapa kali untuk melaksanakan Akta penting ini. Di samping menyediakan pelbagai garis panduan kawalan dan etika profesion, kami telah menerima permohonan pendaftaran daripada 2,222 ahli geologi yang telah dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara.

12. Ini adalah peristiwa penting dan bersejarah pengamal geologi negara. Akhirnya mereka diikhtiraf sebagai ahli ikhtisas (professional) yang turut bersama dalam membangun negara.

13. Akta ahli geologi mempunyai dua kepentingan asas. Pertama, memperkasa sumbangan kepakaran dan pengalaman ahli geologi sambil meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk pembangunan industri dan kesejahteraan masyarakat.

14. Kualiti perkhidmatan adalah pra-syarat bagi memastikan profesion geologi berwibawa, dihargai dan memberi impak positif kepada pihak berkepentingan.

15. Kedua, pada masa ini terdapat amalan songsang dimana imput geologi disediakan oleh mereka yang tidak mempunyai latihan dan kemahiran bidang geologi.

16. Keadaan ini sangat berbahaya kerana jika keputusan dibuat berasaskan maklumat tidak berasas (lemah) dan mengakibatkan bahaya atau kerugian, kesejahteraan awam tidak mendapat pembelaan.

17. Banyak pihak curiga mengenai kehadiran Akta Ahli Geologi, mereka khuatir ia akan menjejas perkhidmatan profesion teknikal lain. Akta Ahli Geologi adalah kawalan kualiti terhadap profesion geologi dan tidak terlibat dalam urusan profesion lain.

18. Banyak yang keliru antara perlaksanaan projek yang bersifat multidisipln dengan input ilmu dan kemahiran geologi. Dalam isu tanah runtuh umpamanya, pengetahuan geologi penting untuk memahami fenomena kegagalan cerun. Input geologi juga amat berguna bagi jurutera menyediakan rekabentuk baikpulih dan kawalan kestabilan cerun.

19. Perlaksanaan Akta Ahli Geologi adalah jejak kunci terpenting dalam profesion Geosains. Ia memberikan status ‘duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi’ dengan kerjaya lain seperti jurutera, arkitak, juru ukur dan perancang.

20. Melalui akta ini, apa yang berubah ialah jika pengetahuan geologi diperlukan untuk kepentingan awam, ia mesti disampaikan oleh ahli geologi berdaftar.
IBK: 20 Januari 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s