Fenomena Penerokaan Tanah Permukaan

NEWS

1. Topografi atau rupa bumi adalah landskap asli yang menghasilkan keunikan sesuatu tempat. Ia terjelma dalam pelbagai bentuk, antaranya pergunungan, perbukitan, tanah beralun, lurah sungai dan dataran rendah. Penduduk tempatan sering menganggap, rupabumi adalah keadaan tabii yang biasa.

2. Bagaimanapun, bagi pengunjung luar, mereka dapat merasakan keunikan dan keindahan suatu landskap yang tiada di tempatnya. Landskap merupakan warisan setempat, rahmat Ilahi yang memberikan identiti sesuatu wilayah.

3. Selain proses luluhawa dan hakisan tabii yang dapat mengubah rupa bumi dalam masa panjang – ribuan hingga jutaan tahun, kegiatan manusia adalah ancaman paling getis terhadap perubahan bentuk rupa bumi.

4. Tiga proses manusia yang lajim ialah perataan tanah untuk menyediakan tapak pembinaan, pengkuarian tanah dan batuan untuk bahan binaan dan industri, dan perlombongan bijih sebagai produk komoditi.

5. Untuk menjimat perbelanjaan dan mendapatkan permukaan yang sesuai untuk pembinaan, ramai pemaju yang menggunakan kaedah ‘potong dan tambak’ bagi menyediakan tapak pembinaan.

6. Walaupun kaedah ini masih diamalkan secara meluas, negara maju yang menyintai landskap aslinya, telah menghadkan kerja potong dan tambak, dan memulakan konsep pembinaan mengikut topografi atau pembinaan bersama alam. Di Langkawi Geopark, banyak pembinaan mengamalkan kaedah ini.

7. Kerja pengkuarian untuk menyediakan batuan agregat, batu dimensi atau bahan industri dilaksanakan atas permintaan tempatan. Lazimnya di kawasan pinggir bandar seperti di Kuala Lumpur dan Seremban, banyak kuari batuan Granit dibangunkan.

8. Ia menyediakan bekalan untuk bahan agregat membina jalan raya atau pembuatan konkrit. Walaupun banyak impak sosial dan pencemaran alam sekitar disuarakan dari semasa ke semasa, penyediaan bahan asas untuk pembinaan adalah keperluan yang tidak boleh dinafikan.

9. Isu paling sering disuarakan ialah kuari semakin hampir dengan kawasan perumahan dan pencemaran bising serta udara. Perkara ini berlaku kerana pembinaan kawasan perumahan menghampiri kuari, dan bukan sebaliknya.

10. Di Ipoh umpamanya, pengkuarian Batu Kapur sebagai bahan agregat dan industri merupakan ancaman paling kritikal terhadap perubahan rupa bumi serta impak sosial dan alam sekitarnya.

11. Batu Kapur mempunyai banyak kegunaan industri, dan ia menjadi industri gantian selepas perlombongan bijih timah di Ipoh. Rupa bumi Baru Kapur atau dikenali sebagai topograpi Kars Tropika adalah unik dan bernilai warisan tinggi.

12. Perbukitan Batu Kapur Ipoh adalah cirian keindahan landskap bandar ini. Tiada bukit Batu Kapur, tiadalah Ipoh – begitulah hubungan erat antara sejarah pembangunan wilayah dan landskapnya.

13. Kini Ipoh sedang berusaha untuk menjadi sebuah Geopark Kebangsaan bagi menyelamatkan identiti landskap dari proses pemusnahan.

14. Perlombongan permukaan adalah aktiviti utama yang memusnah rupa bumi. Jika tidak dilakukan dengan perancangan dan kawalan yang sempurna, impak terhadap identiti wilayah, kesihatan manusia dan pencemaran alam sekitar bersifat jangka panjang.

15. Kesannya akan di tanggung oleh anak cucu dan generasi akan datang. Banyak kajian kes di negara maju seperti Eropah dan Amerika Syarikat menunjukan kesan jangka panjang proses perlombongan.

16. Generasi semasa masih menanggung impak perlombongan dan sebahagiannya perlu berbelanja tinggi untuk membaiki kawasan lombong untuk pembinaan semula.

17. Oleh kerana impak alam sekitar dan sosial industri perlombongan sangat besar, pelbagai kawalan dikenakan oleh pihak berkuasa kepada industri perlombongan.

18. Konsep perlombongan lestari diperkenalkan untuk mengambil kira kitaran perlombongan – perancangan, penerokaan, perlombangan, pemprosesan, pengangkutan, dan baik semula kawasan lombong. Setiap kitaran di teliti dan impaknya diminimumkan.

19. Saya terharu dan kecewa dengan apa yang berlaku di Kuantan. Perlombongan bauksit seakan perlombongan zaman ‘cowboys melombong emas’ di benua baharu Amerika. Seakan tiada peraturan, tiada kawalan dan bebas untuk semua!

20. Malaysia sebenarnya telah mempunyai agensi iaitu Jabatan Mineral dan Geosains yang menyediakan peraturan dan kawalan perlombongan, kita mempunyai tradisi perlombangan yang baik yang diasaskan oleh kerajan British – mengapa perkara ini masih boleh berlaku?

21. Saya faham, bukan masa untuk menuding jari. Ini masanya untuk memberikan cadangan penambahbaikan.

22. Begitupun, terlalu banyak soalan yang tidak berjawab – siapa pelombong, siapa yang memberikan kelulusan, siapa yang memantau dan mengawal proses perlombongan? Jika soalan begitu asas sukar dijawab dengan meyakinkan, bagaimana boleh kita membantunya!
IBK: 28 Jan 2016

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s