Apakah Profesor Perlu Bersara?

FullSizeRender
Profesor berusia 60an dan 80an sedang berkongsi ilmu

1. Pada masa ini Universiti Awam (UA) di Malaysia memiliki 1867 Profesor daripada keseluruhan ahli akademik berjumlah sekitar 33,500 orang. Jumlan ini adalah hampir 6 peratus daripada seluruh bakat akademik, dan sekitar 0.005% daripada jumlah penduduk negara.

2. Untuk menjadi seorang profesor, bakat intelek perlu menimba ilmu selama hampir 23 tahun. Selepas memperolehi ijazah Sarjanamuda, mereka perlu mendalami ilmu melalui program Sarjana dan Doktor Falsafah.

3. Ijazah PhD adalah permulaan kerjaya, ahli akademik perlu meneroka ilmu baru secala berterusan antara 10 hingga 20 tahun sebelum menjadi ilmuwan (sarjana). Itupun, tidak semua bakat akademik berkesudahan dengan meraih gelaran Profesor.

4. Profesor adalah mahaguru, pakar dan malim dalam suatu bidang atau sub-bidang ilmu, lazimnya ditempatkan di sebuah universiti untuk menjalankan tugasan hakiki iaitu memberi syarahan (menyampaikan ilmu), menyelidik dan khidmat akademik.

5. Kewibawaan suatu program akademik di universiti ditentukan oleh berapa ramaikan profesor yang mengendalikan pengajian tersebut. Profesor adalah ‘pakar kepada pakar’, dalam bidang ikhtisas umpamanya, mereka menjadi pembimbing dan menghasilkan pakar dalam bidang perubatan, kejuruteraan, pendidikan, pengurusan dan pelbagai sektor lain.

6. Pada awal tahun ini, warga akademik negara dikejutkan oleh gejala ramai para Profesor Kontrak diberhentikan, khabarnya kerana pemotongan dana mengurus (operasi) pengajian tinggi.

7. Universiti Awam ketika ini memiliki 539 (29%) orang profesor kontrak iaitu profesor yang berusia melampaui 60 tahun. Mereka telah bersara sebagai pejawat awam dan di ambil secara kontrak untuk meneruskan perkhidmatan di universiti.

8. Menyedari hakikat ini, Majlis Profesor Negara (MPN) telah menganjurkan Dialog Meja Bulat Profesor Kontrak bertujuan melihat resional perkhidmatan profesor dan meneliti bagaimana untuk mengekalkan peranan penting golongan ilmuwan ini.

9. Malaysia sebagai negara sedang membangun masih kekurangan para sarjana untuk mengangkat imej keilmuwan universiti awam, menyumbang pelbagai kepakaran dalam pembangunan negara, dan sebagai pemikir mendahului zaman.

10. Saya tertarik dengan pandangan Prof Ulung Datuk Shamsul Amri, Timbalan Pengerusi MPN, ‘profesor bukan sekadar pensyarah di IPT, tetapi mereka adalah identiti akademik (keilmuwan) negara yang mengambarkan tahap ketamadunan dan marwah bangsa terhadap pemimpin ilmu’.

11. Oleh itu, isu usia persaraan dan sumbangan mereka kepada pembangunan negara perlu dilihat daripada perspektif bagaimana negara menghargai dan mengurus golongan profesor. Apakah mereka sesuai disamakan dengan peraturan persaraan penjawat awam, atau kesarjanaannya perlu dimanfaatkan selama yang mungkin?

12. Ramai tidak menyedari, para profesor adalah pemikir unggul dan ilmuwan boleh terus memainkan peranan aktif di peringkat universiti dan negara selagi keupayaan inteleknya berkembang.

13. Selain meneruskan peranan hakikinya, kepakaraan dan kebijaksanaan mereka bermanfaat untuk mengekal dan mengukuhkan imej keilmuwan universiti di persada kebangsaan dan global.

14. Mereka adalah pemimpin ilmu dan mentor kepada ahli akademik muda untuk terus meneroka ilmu bagi membina tamadun baharu.

15. Para profesor merupakan pakar dalam kepelbagaian bidang ilmu. Ada di antara profesor bukan sahaja satu-satunya pakar di dalam negara, tetapi hanya di antara beberapa orang pakar di peringkat global.

16. Memandangkan ahli akademik berada pada sekitaran penerokaan ilmu baharu dan hanya berhubungan dengan rakan kesepakaran, mereka lazimnya terpisah dengan sekitaran masyarakat umum.

17. Faedah dan aplikasi ilmunya mengambil masa yang panjang untuk diterjemahkan kepada masyarakat dan industri. Dalam keadaan begini, komuniti dan pemimpin awam kurang kenal dengan bakat istimewa golongan ilmuwan ini.

18. Di kebanyakan negara, usia bersara para profesor adalah sekitar 65 tahun. Ada negara yang tidak menentukan usia bersara, selagi kemampuan intelek mereka boleh terus dimanfaatkan walaupun usia menjangkau lebih 70 tahun.

19. Ada yang mengatakan profesor tidak pernah bersara! Begitupun, profesor boleh memilih untuk bersara selepas berusia 65 tahun apabila merasakan sudah merasakan kurang berupaya untuk menyumbang secara berkesan.

20. Profesor seharusnya ilmuan cemerlang. Kriteria pemilihan dan perlantikan ke jawatan profesor adalah berasaskan kepada output akademik cemerlang. Oleh itu, bagi memastikan sumbangan mereka terus bermakna kepada universiti dan negara, penilaian kecemerlangan perlu dilakukan secara telus dan bersifat universal.

21. Universiti tempatan perlu mempertimbangkan kepentingan para profesor berasaskan kepada tiga bentuk sumbangan iaitu kesarjanaan dan kepakaran; kewibawaan dan perkhidmatan cemerlang; dan memiliki kepakaran istimewa dan penting untuk pengajaran dan pembelajaran.

22. Dalam senario universiti awam negara yang masih muda dan golongan profesor masih terbatas, kepimpinan dan sumbangan para profesor sangat kritikal untuk terus dikekalkan.

23. Sejumlah besar ahli akademik yang berkhidmat pada awal tahun 1980an dan sebahagiannya telah menjadi profesor, dalam beberapa tahun terakhir ini mulai bersara wajib. Kehilangan mereka bakal mencetus kehilangan besar kepada kekuatan, citra dan kewibawaan universiti tempatan.

IBK:28Feb16

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s